loading...
Ramai wanita kini
dibelenggu masalah punggung dan paha besar lebih-lebih lagi masalah ini
dihadapi oleh golongan wanita yang telah berkahwin. Perkara ini pasti
membuatkan mereka lebih merendah diri dan tidak berkeyakinan apabila
berhadapan dengan orang lain. Seakan sudah menjadi pemandangan biasa
pula. Kenapa berlaku pada wanita? Adakah faktor selalu duduk dan tiada
senaman? Tidak semestinya, ini dia sebab yang perlu anda fahami.
Pengaruh hormon
Lelaki dan wanita
mempunyai deposit lemak yang dipengaruhi oleh hormon. Hormon estrogen
pada wanita menyebabkan lemak lebih banyak disalurkan ke bahagian peha
dan punggung, mana kala hormon testosteron menyebabkan lemak pada lelaki
lebih banyak terkumpul di bahagian perut. Tapi lemak ini pada paha dan
pungggung untuk wanita ini sebenarnya penting untuk proses kesuburan dan
penyusuan. Sebab itu orang kata wanita punggung besar lebih subur.
Bentuk tubuh
Bentuk tubuh
mempengaruhi ukuran peha dan tubuh anda. Wanita dengan bentuk tubuh
seperti buah pir akan mempunyai ukuran peha dan punggung lebih besar dan
lebar berbanding saiz normal. Anda tidak boleh mengubah bentuk tubuh,
Jika anda punya tubuh bentuk pir, anda harus bekerja keras untuk
membentuk peha menjadi lebih ramping.
Otot
Punca lain anda
punya ukuran paha dan punggung yang besar adalah kerana anda secara
semula jadi sudah mempunya otot peha yang besar. Otot paha meski keras
dan tidak berlemak tapi tetap dilihat sebagai besar.
Senaman mengecilkan punggung dan paha
Bagi anda yang
mempunyai bentuk badan sebegini, janganlah kecewa kerana anda masih
boleh mendapatkan kaki dan punggung yang mantap dengan senaman sesuai.
Cuba senaman ini:
- Lakukan aktiviti yang boleh membakar kalori dengan cepat, seperti berbasikal, berlari, dan lompat tali. Lakukan aktiviti selama 60 minit sebanyak lima kali dalam seminggu untuk menghilangkan lemak di paha.
- Anda boleh cuba berlari menaiki atau menuruni bukit, atau melakukan sesuatu yang lebih mudah seperti naik-turun tangga di rumah anda. Itu boleh membantu membakar lebih banyak kalori pada tubuh, terutama peha.
- Senaman aerobik cukup baik untuk membakar kalori dan membantu anda mengurangkan berat badan yang akan mengecilkan perut dan paha anda dengan cepat.
Akan tetapi senaman
saja tak memadai untuk mengecilkan dua bahagian ini jika anda terus
mengambil makanan tinggi kalori dan lemak. Oleh itu kurangkan makanan
sebegini dalam diet harian. Makan banyak sayur dan buah-buahan sebagai
ganti makanan ringan. Pilih lemak tak tepu yang sihat dan bukannya lemak
trans. Ini dapat mengelakkan lemak trans itu berkumpul di paha anda.
Semoga berjaya!
loading...
0 Response to "(VIRAL) UNTUK YANG SUSAH NAK KECILKAN BAHAGIAN TERSEBUT BOLEH LIHAT Ketahui Punca Sebenar Punggung Dan Paha Wanita Besar!"
Post a Comment